Thursday, March 22, 2012

Kuliah Dhuha Sheikh Nuruddin Al-Banjari - Foto...

Alhamdulillah.. kuliah dhuha jemputan yang baru berlalu oleh Tuan Guru Sheikh Nuruddin Marbu Al-Banjari Al-Makki berjalan dengan lancar.. dalam suasana yang amat ceria sekali. Walaupun pada malamnya Tuan Guru menyertai qiamullail Solat Sunat Tasbih di Masjid Negeri, Shah Alam, tidak terpapar sedikit pun kepenatan di wajahnya sepanjang menyampaikan kuliah yang mencecah hampir jam 12.00 tengahari.

Kuliah yang disampaikan adalah syarahan kepada Kitab 'Hadis 40' karangan Imam Nawawi. Walaupun hanya sempat membicarakan hadis pertama ianya merupakan petanda baik bahawa Tuan Guru insyaallah pasti akan kembali lagi untuk menghuraikan hadis-hadis seterusnya. Di bawah ini adalah foto-foto suasana kuliah pada hari tersebut...




















2 comments:

Musafir said...

Salam..

semoga kita sentiasa dalam rahmat dan pelindungan Allah..

Sekadar cadangan untuk pembaikan insya'Allah..

Adalah lebih molek jika sedikit mutiara ilmu melalui kuliah dimasukkan di sini bukan sekadar memaparkan gambar..

~yg prihatin insya'Allah

admin said...

W' salam...

Terima kasih banyak atas saranan ikhlas tuan. Insyaallah akan kami usahakan...