Sunday, February 17, 2013

Sambutan MAULIDURRASUL S.A.W di Baitul Qurro' wal Fuqoha'

Dijemput sahabat, saudara dan tuan-tuan yang mulia ke...


Monday, January 28, 2013

Kuliah Dhuha 20 Jan 2013








60 SAAT MINI KULIAH..!!














Assalamualaikum W.B.T

Salam Maulidurrasul.., Selawat dan salam keatas Junjungan Besar Nabi Muhammad S.A.W.

Sempena ketibaan bulan mulia RabiulAwwal Kuliahustazzul.blogspot.com akan melancarkan satu siri video pendek yang memaparkan petikan-petikan pendek yang diambil dari siri-siri kuliah yang diadakan di Baitul Qurra' wal Fuqoha'.

Justifikasi penerbitan siri '60 SAAT MINI KULIAH' ini adalah bagi menyuntik maklumat ilmu yang ringkas tetapi berkesan di hati audien. Durasi video ini hanyalah lebih kurang 1 minit atau 60 saat sahaja (tidak termasuk intro montage). Tempoh 60 saat ini dilihat sesuai bagi pelayar blog dan FB yang tidak mempunyai masa yang lama untuk 'video streaming' yang agak panjang, sebaliknya mereka lebih mengutamakan media yang memberikan 'instant effects'

Pengisian untuk siri ini adalah petikan nasihat-nasihat, peringatan, motivasi serta maklumat-maklumat penting yang mudah difahami seterusnya untuk dimalkan dalam kehidupan seharian.

Di bawah ini adalah contoh '60 SAAT MINI KULIAH' yang telah disiapkan. Ianya akan dimuatnaik ke FB Pondok Baitul Qurro' Wal Fuqoha' . Semoga dapat memberikan manfaat, insyaAllah...






Tuesday, January 15, 2013

Kuliah TAUHID : Kitab AQIDAH THAHAWIYAH

Sukacita dimaklumkan bahawa Tuan Guru Hj. Ghazali Ahmad, seorang ulama Usuluddin terkemuka dari Pattani, Selatan Thailand telah bersetuju untuk mengadakan kuliah bulanannya di Baitul Qurro' wal Fuqoha' bermula 19 Januari ini.

Tuan Guru lebih dikenali dengan panggilan 'BABA LI' sebagaimana lazimnya yang dikenali di daerah-daerah Selatan Thai dan juga Kelantan. Baba Li telah pernah berkunjung buat pertama kalinya ke Baitul Qurro' wal Fuqoha' dan menyampaikan kuliah pengenalannya pada Ogos 2012 yang lalu.

Beliau akan mensyarahkan kitab AQIDAH THAHAWIYAH karangan Imam Abu Ja'afar Ahmad b. Muhammad at-Thahawi (klik untuk biodata).

Ini merupakan satu nikmat yang besar kepada kita di negeri Melaka khasnya selepas kedatangan Tuan Guru Sheikh Nuruddin Al-Banjari yang mensyarahkan Kitab Hadis 40 Imam AnNawawi.

Kami menyeru kepada sahabat dan saudara sekelian untuk bersama-sama mengimarahkan majlis ilmu yang semakin subur bercambah di sekitar kita. Semoga Allah memelihara dan menambahkan lagi nikmat ini kepada kita..


Sunday, January 13, 2013

Masjid Airport : Ceramah Maulidur-Rasul

Kami mengambil peluang disini untuk membantu mengumumkan satu lagi majlis ilmu di sekitar Negeri Melaka, sepertimana dalam poster di bawah...

Sila maklum bahawa lokasinya adalah di Masjid Nurul Hidayah atau dikenali juga dengan Masjid Airport, Batu Berendam...

Datanglah beramai-ramai... dan mohon disebar-sebarkan...


Wednesday, January 2, 2013

Kuliah Sheikh Nuruddin Al-Banjari : Januari 2013


Ziarah Sheikh As-Soubuni Ke Melaka...



Alhamdulillah... pada malam Rabu 1 Januari yang baru berlalu, dengan izin Allah SWT telah sempurna satu lagi majlis ilmu yang cukup bermakna di negeri Melaka. Buat pertama kalinya negeri bertuah ini dikunjungi oleh seorang ulamak besar yang mungkin agak kurang dikenali oleh kebanyakan kita sebelum ini.

Ketibaan Prof. Dr. Sheikh Muhammad Ali As-Soubuni ke pondok Baitul Qurro' wal Fuqoha' seawal jam 4 petang diiringi dengan hujan rahmat yang mencurah. Menjelang  jam 6 petang sebaik sahaja para petugas mula kerisauan lantaran peralatan dan kelengkapan yang belum dapat dipasang, hujan pun berhenti diikuti pula cahaya mentari yang bersinar terang.

Semua kelengkapan berjaya disiapkan sebaik sahaja menjelang Maghrib... dan setelah itu sehingga tamatnya majlis semuanya telah disempurnakan oleh Allah SWT. Syukur Alhamdulillah...

Majlis dimulakan setelah selesai solat Maghrib berjemaah yang telah diimamkan oleh Fadhilatus-Sheikh. Didului dengan alunan ayat suci Al-Quran oleh seorang pelajar daurah Baitul-Qurro', diikuti oleh ucapan aluan oleh Mudir Pondok - Al-Fadhil Uztaz Zulkifli Ismail. Kemudiannya Fadhilatus-Sheikh mula menyampaikan ucapannya yang telah diterjemahkan oleh Ustaz Nazmi Karim dari Muslim Care Malaysia Society.

Setelah itu ucapan oleh Sheikh Samir Saqqa dari Syria, diikuti kemudiannya dengan tausiah dari AlHabib Musa Kazim As-Saqqaf dari Yaman. Majlis juga dipaparkan dengan beberapa tayangan video yang mendedahkan penderitaan rakyat Syria yang tidak terperi serta kekejaman dan kezaliman Rejim Basyar Al Asad yang tidak mengenal batas.

Majlis selesai dengan sempurna ditutup dengan solat Isyak berjamaah, sekali lagi diimamkan oleh Fadhilatus-Sheikh. Sebelum bersurai para hadirin dihidangkan dengan sedikit jamuan yang telah disediakan oleh pihak pondok hasil sumbangan beberapa penderma.

Kutipan derma turut dilancarkan bagi membantu meringankan beban penderitaan rakyat Syria. Jumlah yang berjaya dikumpulkan pada malam tersebut tidak kurang dari RM 27,000..! Ini tidak termasuk sumbangan dalam bentuk jam tangan, cincin, anting-anting dan lain-lain lagi. Untuk makluman semua sumbangan tersebut telah disampaikan sendiri oleh Tuan Guru Ustaz Zulkifli Ismail ke tangan Fadhilatus-Sheikh pada keesokan harinya di Shah Alam. Alhamdulillah..!

Al-Fadhil Ustaz Zulkifli Ismail mengucapkan Jazakumullah Khairan Kathiran kepada Fadhilatus-Sheikh serta rombongannya, para alim ulamak yang hadir, para hadirin yang tidak pernah jemu mengejar majlis ilmu serta memuliakan para ulamak warisan nabi, para petugas sukarela yang ikhlas menyumbangkan keringat bakti, JKK,  jiran dan penduduk setempat yang sentiasa memberikan kerjasama baik, para penyumbang yang dermawan, dan tidak lupa juga kepada para pelajar yang bertungkus lumus membuat persediaan sebelum dan selepas majlis....

Dibawah ini dipaparkan koleksi foto majlis pada malam tersebut. Mohon maaf kerana kedudukannya mungkin tidak mengikut urutan peristiwa.

Kredit foto : Jai Fotografi

Ribuan hadirin yang membanjiri dataran Baitul Qurra'

Sheikh Samir Saqqa dari Syria

Sheikh Samir Saqqa

Hadirin yang terpaksa berdiri di bahagian tepi dan belakang

Ucapan aluan oleh Mudir

Sheikh sedang menyampaikan tausiahnya

Prof. Dr. Sheikh Muhammad Ali As-Soubuni

Terjemahan yang menarik oleh Ustaz Nazmi Karim

Sebahagian alim ulamak dan pendokong dakwah di Melaka

Mudir bersama pengerusi majlis, Tn. Hj. Zamri


Mudir menyantuni Fadhilatus-Sheikh

Mengalunkan azan Isya'

Sheikh memberi penerangan, Ust Nazmi mencatit untuk terjemahan

AlHabib Kazim Musa As-Saqqaf dari Yaman dan Sh. Samir dari Syria


Mudir pondok bersama barisan para ulama dan pendakwah

Alunan ayat suci Al-Quran pembuka majlis

AlHabib Kazim dan Sh. Samir Saqqa



Sheikh bersama pengiring dan Unit Kawalan (memakai vest)

Persiapan Unit Liputan & Media Baitul Qurro'

Persiapan sistem audio yang ditempah khas untuk majlis tersebut

Alhabib Kazim dan perterjemah