Saturday, June 23, 2012

Pelajar Baitul Qurro' Ke Yaman...

Pada 10 Jun 2012, setelah selesai pengajian Kuliah Dhuha oleh Al-Fadhil Tuan Guru Ustaz Zulkifli, telah berlangsung satu majlis ringkas penyampaian sumbangan kepada para pelajar Baitul Qurro' wal Fuqoha' yang bakal melanjutkan pelajaran ke negara Yaman.

Majlis telah dimulakan dengan ucapan ringkas wakil-wakil pelajar dan disusuli dengan penyampaian sumbangan dari pihak wakil madrasah. Menurut Al-Fadhil Tuan Guru para pelajar yang melanjutkan pelajaran ke Yaman akan berada di sana untuk jangkasa selama sekurang-kurangnya 7 tahun bagi memastikan mereka benar-benar mendalami ilmu yang dipelajari untuk dibawa balik ke tanahair dan disebarkan.

Sebahagian dari mereka telah pun berangkat pada 12 Jun yang lepas. Didoakan agar segala urusan mereka dipermudahkan Allah SWT. Amin...

Pelajar yang melanjutkan pelajaran ke Yaman (Belakang) bersama
wakil-wakil penuntut kuliah dhuha

Pelajar lelaki bersama dengan tenaga pengajar dan kakitangan BQWF


Penyampaian sumbangan kepada pelajar

Ucapan wakil pelajar - Saudara Musa

Ucapan wakil pelajar - Saudara Muhammad

Saudara Hamzah telah beberapa tahun berada di Yaman
berkongsi pengalaman beliau

Tuesday, June 5, 2012

Kuliah Dhuha 03.06.12

Kuliah Dhuha 03 Jun 2012. Menghuraikan Tafsir Nurul Ihsan, masih lagi Surah Al-Baqarah berkisar tentang arahan pertukaran arah kiblat oleh Allh SWT kepada Rasulullah SAW.

Ini juga merupakan kuliah dhuha pertama oleh Tuan Guru setelah kembali dari negara Yaman. Beliau berada di sana selama 12 hari bagi menziarahi para pelajar serta menguruskan kemasukan pelajar baru dari Baitul Qurro' wal Fuqoha'.

Diselitkan juga serba sedikit sedikit pengalaman beliau semasa di sana...