Sukacita dimaklumkan bahawa Madrasah Baitul Qurro' wal Fuqoha telah dipilih sebagai salah satu destinasi para alim ulama dan habaib untuk mengadakan Majlis Haul Imam Al-Haddad. Majlis akan berlangsung pada 06 Oktober 2011 bersamaan 08 Zulkaedah 1432. Tuan puan semua adalah dijemput hadir untuk sama-sama mendapat berkat dan rahmat dari Allah SWT Insyaallah...
Majlis akan bermula pada jam 6.30 petang.
Bacaan Wirdullathif
Solat Maghrib Berjamaah
Bacaan Ratib Al-Haddad
Qasidah
Ucapan Aluan Mudir Madrasah Baitul Qurro' wal Fuqoha'
Tausiah oleh Penceramah Jemputan dari Yaman
Solat Isya' Berjamaah
Jamuan Makan
Untuk maklumat berhubung dengan keseluruhan Majlis Haul ini sila ke www.alhawi.net
Kepada yang belum pernah datang ke Baitul Qurro' dapatkan Pelan Lokasi di sini.