Wednesday, October 17, 2012

Ustaz AZHAR IDRUS : PERUBAHAN LOKASI..!!

Atas sebab-sebab tertentu lokasi kuliah maghrib UAI yang dijadualkan di Masjid Nurul Hidayah @ Masjid Airport terpaksa dipindahkan ke lokasi baru... Mohon sebarkan kepada para sahabat lain. Jazakumullah khairan kathiran...



Thursday, October 4, 2012

Kuliah Sheikh Nuruddin Al-Banjari : Siri 8

Kuliah Tuan Guru Sheikh Nuruddin Al-Banjari Al-Makki akan diteruskan untuk siri ke 8 sepertimana maklumat di bawah. Mohon saudara dan sahabat untuk bantu sebar-sebarkan maklumat ini.

Jazakallah khairan...


Ustaz AZHAR IDRUS di Melaka..!!

Berita gembira kepada saudara dan sahabat peminat Ustaz Azhar Idrus - UAI. Studio Digital Mukmin cawangan Melaka yang juga sahabat Baitul Qurro' wal Fuqoha' telah mendapat persetujuan dari UAI untuk turun ke Melaka sepertimana maklumat di bawah.

Untuk makluman, AJK Masjid Nurul Hidayah atau dikenali juga dengan Masjid Airport, Batu Berendam telah sudi menawarkan masjid mereka sebagai venue majlis tersebut. Diharapkan majlis ini akan berjalan lancar tanpa sebarang kejadian yang tidak diingini...


Monday, September 17, 2012

Ziarah Murid Kepada Gurunya..

Kuliah dhuha yang baru lepas pada 16 September 2012 agak berlainan dari kebiasaan. Ini kerana buat pertama kalinya Al-Fadhil Tuan Guru Ustaz Zulkifli mengizinkan bangku tempat beliau duduk ketika menyampaikan kuliah diduduki oleh seorang anak muridnya, manakala beliau pula beralih tempat duduk dilantai bersama-sama dengan kami...

Anak murid yang dimaksudkan adalah saudara Muhammad Noorazam Bahador yang baru kembali untuk bercuti dari Mesir. Beliau merupakan antara murid generasi pertama Baitul Qurro' wal Fuqoha yang telah tamat menyambung pengajian di Mesir.

Istimewanya kini beliau telah beberapa tahun diberi kepercayaan untuk menyampaikan kuliah di Masjid Jami' Al-Azhar, Mesir... satu pencapaian yang sangat membanggakan dan jarang-jarang diperolehi oleh anak Melayu di sana.

Insyaallah, admin akan 'upload' video kuliahnya kemudian...

Al-Fadhil Ustaz Zulkifli Ismail

Ustaz Noorazam menyampaikan mutiara-mutiara peringatan..

Bersama-sama pengiring dan tetamu...

Menyantuni guru...

Guru dan murid.. Semoga sentiasa dalam Redha Allah SWT...



Berikut adalah imej dari saluran YouTube dimana Ustaz Noorazam menyampaikan pengajiannya di Masjid Al-Azhar, Mesir..


Ust. Noorazam menyampaikan kuliah di Masjid Al-Azhar, Mesir



Saturday, September 15, 2012

Ijazah Hizib...

Dalam kuliah Pengajian Kitab Hadis 40 Imam Nawawi yang berlangsung pada 8 September lepas, Tuan Guru Sheikh Nuruddin Al-Banjari telah berkenan memenuhi pemintaan seorang murid untuk mengijazahkan beberapa amalan hizib dan ratib. Dan dalam posting terdahulu terdapat permintaan dari 'bahronnizam' untuk memperjelas dan menyenaraikan hizib dan ratib yang telah disebut oleh Sheikh...

Bagi mengelakkan sebarang kekeliruan di bawah ini adalah sedutan video asal yang memaparkan slot ijazah tersebut. Semoga memenuhi hasrat tuan yang berkenaan...



Berdasarkan pengamatan admin senarainya adalah seperti berikut :

Hizib Imam Nawawi
Hizib Imam Ibn Arabi
Hizib Imam Abu Hassan As-Syadzilli
Hizib Syeikh Abdul Qodir Jailani
Ratib Al-Attas
Ratib Al-Haddad

Jika terdapat sebarang kesilapan mohon dimaklumkan...

Monday, August 27, 2012

Kuliah Sheikh Nuruddin : September 2012

Sahabat dan saudara sekelian dijemput ke Kuliah Tuan Guru Sheikh Nuruddin Al-Banjari Al-Makki sepertimana yang tertera di bawah. Mohon jasa baik untuk disebarluaskan maklumat ini... semoga bermanfaat dunia dan akhirat...

Jazakallah khairan...

Tuesday, August 21, 2012

Kuliah Dhuha 12 Ogos 2012

Kuliah Dhuha , Ahad 12 Ogos 2012 oleh Al-Fadhil Tuan Guru Ustaz Zulkifli Ismail. Kitab tafsir Nurul Ehsan...









Tuesday, August 14, 2012

Kuliah BABA LI Di Baitul Qurro' wal Fuqoha'

Serba sedikit berkenaan Baba Li :

Beliau merupakan Mudir  Maahad Al-Islami Liddirasat Al-Islamiah, Kg Selabudi Sekam, Mayo, Pattani, Selatan Thailand... dan juga Ketua Badan Penerangan Persatuan Ulama Fatani Darrussalam. Bergiat aktif menyebarkan agama Allah dalam bentuk kuliah, ceramah, khutbah di Thailand dan Malaysia.

Sekarang ini Baba Li sedang dalam proses membangunkan pondok yang dipimpinnya selaras dengan perkembangan pesat pengajian ilmu Islam serta pertambahan penuntut yang belajar di situ.

Kepada saudara dan sahabat yang berhajat untuk menyumbang kepada pembangunan pondok ini boleh mendapatkan maklumat lanjut di pautan ini.









Monday, July 23, 2012

Kuliah dhuha 22 Julai 2012 merupakan kuliah pertama dalam bulan Ramadan 1433H. Sempena meraikan kedatangan Ramadan Al-Mubarak Al-Fadhil Tuan Guru memulakan kuliah dengan membicarakan perihal Ramadan dan ibadah puasa...

Terdapat sedikit gangguan audio diawal rakaman disebabkan masalah teknikal... harap maaf...



Kuliah disusul dengan keutamaan menghadiri majlis-majlis ilmu... Beruntunglah barangsiapa yang menjadikan majlis ilmu itu sebagai hartanya...





Sunday, July 22, 2012

Kuliah Hadis 40 Siri 6

Alhamdulillah, Al-Fadhil Tuan Guru Ustaz Zulkifli Ismail telah mengesahkan bahawa Tuan Guru Sheikh Nuruddin Al-Banjari Al-Makki akan menyambung pengajian Kitab Hadis 40 Imam An-Nawawi seperti tertera di poster di bawah...

Tuan-tuan serta para sahabat dipersilakan untuk menyebarluaskan maklumat ini... semoga bermanfaat dunia dan akhirat...

Jazakallah khairan kathiran...


Saturday, July 21, 2012

Fenomena Awan...

Di bawah ini adalah beberapa imej awan di langit yang seakan-akan membentuk kalimah 'ALLAH' yang sempat dirakam oleh Al-Fadhil Tuan Guru sendiri di perkarangan madrasah. Fenomena tersebut juga berbetulan dengan kedatangan Al-Habib Soleh Al-Idrus dari Malang, Indonesia yang datang berziarah Tuan Guru dan para pelajar baru-baru ini...

Imej asal tanpa edit...

'Saturation' imej dinaikkan untuk memberi kejelasan kepada bentuk awan...

Hadis 40 - Siri 5

Kuliah Dhuha Perdana oleh Tuan Guru Sheikh Nuruddin Al-Banjari Al-Makki di Madrasah Baitul Qurro' wal Fuqoha'. Siri 5 - Hadis no. 5 berkenaan Bid'ah & Hadis no. 6 berkenaan 'Halal-Haram'...







Wednesday, July 18, 2012

Hadis 40 - Siri 4

Hadis Ke-4, daripada Abu Abdul Rahman Abdullah ibn Mas'uud R.A. berkenaan proses kejadian manusia sejak di dalam rahim ibu... Ketentuan rezekinya, ajalnya, amalannya... serta kesudahannya di dunia serta balasannya di akhirat...







Hadis 40 - Siri 3

Kuliah Hadis 40 oleh Tuan Guru Sheikh Nuruddin Al-Banjari Al-Makki. Siri 3, Hadis No. 3 - "RUKUN ISLAM"





Saturday, June 23, 2012

Pelajar Baitul Qurro' Ke Yaman...

Pada 10 Jun 2012, setelah selesai pengajian Kuliah Dhuha oleh Al-Fadhil Tuan Guru Ustaz Zulkifli, telah berlangsung satu majlis ringkas penyampaian sumbangan kepada para pelajar Baitul Qurro' wal Fuqoha' yang bakal melanjutkan pelajaran ke negara Yaman.

Majlis telah dimulakan dengan ucapan ringkas wakil-wakil pelajar dan disusuli dengan penyampaian sumbangan dari pihak wakil madrasah. Menurut Al-Fadhil Tuan Guru para pelajar yang melanjutkan pelajaran ke Yaman akan berada di sana untuk jangkasa selama sekurang-kurangnya 7 tahun bagi memastikan mereka benar-benar mendalami ilmu yang dipelajari untuk dibawa balik ke tanahair dan disebarkan.

Sebahagian dari mereka telah pun berangkat pada 12 Jun yang lepas. Didoakan agar segala urusan mereka dipermudahkan Allah SWT. Amin...

Pelajar yang melanjutkan pelajaran ke Yaman (Belakang) bersama
wakil-wakil penuntut kuliah dhuha

Pelajar lelaki bersama dengan tenaga pengajar dan kakitangan BQWF


Penyampaian sumbangan kepada pelajar

Ucapan wakil pelajar - Saudara Musa

Ucapan wakil pelajar - Saudara Muhammad

Saudara Hamzah telah beberapa tahun berada di Yaman
berkongsi pengalaman beliau

Tuesday, June 5, 2012

Kuliah Dhuha 03.06.12

Kuliah Dhuha 03 Jun 2012. Menghuraikan Tafsir Nurul Ihsan, masih lagi Surah Al-Baqarah berkisar tentang arahan pertukaran arah kiblat oleh Allh SWT kepada Rasulullah SAW.

Ini juga merupakan kuliah dhuha pertama oleh Tuan Guru setelah kembali dari negara Yaman. Beliau berada di sana selama 12 hari bagi menziarahi para pelajar serta menguruskan kemasukan pelajar baru dari Baitul Qurro' wal Fuqoha'.

Diselitkan juga serba sedikit sedikit pengalaman beliau semasa di sana...

Thursday, May 31, 2012

Sheikh Nuruddin : Siri 4 - 9 Jun 2012

Alhamdulillah... Tuan Guru Sheikh Nuruddin Marbu Al-Banjari Al-Makki untuk kesekian kalinya sudi meneruskan syarahan Hadis 40 Imam An-Nawawi di Melaka. Seperti biasa kulaih Dhuha Perdana ini akan bertempat di Madrasah Baitul Qurro' wal Fuqoha'.

Maklumat lanjut seperti yang tertera di poster di bawah.


Sukacita juga dimaklumkan bahawa Mudir Madrasah, Al-Fadhil Tuan Guru Ustaz Zulkifli Ismail telah selamat kembali dari ziarah beliau ke Yaman beberapa hari yang lepas. Insyaallah kuliah dhuha yang sebelum ini diganti oleh Ustaz Syauqi dan Ustaz Faisol akan berjalan sepertimana biasa...

Monday, May 7, 2012

Sheikh Nuruddin - Siri 3

Assalamualaikum WBT... Semua dijemput hadir ke Kuliah Dhuha Perdana oleh Tuan Guru Sheikh Nuruddin Al-Banjari Al-Makki pada 12 Mei 2012, Sabtu, Jam 9.00 Pagi.















































Tuan-tuan dan sahabat sekelian dipersilakan untuk 'copy-paste', cetak dsb poster di atas untuk tujuan menyebarluaskan maklumat ini. Semoga bermanfaat dunia dan akhirat.

Jazakallah khairan kathira...

Wednesday, April 25, 2012

Habib Omar BenHafiz Di Melaka "Trailer"...

Malam yang mencatat sejarah di bumi bertuah... penuh barokah... dan limpahan hidayah... Insyaallah...

Di bawah ini adalah 'official trailer' Malam Ehya' Mahabbah Rasulillah SAW Di Masjid Al-Azim...



Kami sedang berusaha menyediakan stok secukupnya untuk edaran sekitar Melaka. Insyaallah anda boleh dapatkan pada Kuliah Dhuha Ustaz Zulkifli Ismail di Madrasah Baitul Qurro' wal Fuqoha' bermula Ahad ini...

Untuk maklumat lanjut sila email rash6596@yahoo.com

Tuesday, April 24, 2012

WAJAH-WAJAH...

Malam Ehya' Mahabbah Rasulillah SAW... Di Masjid Al-Azim, Melaka pada 18 April 2012...



















Thursday, April 19, 2012

Sheikh Nuruddin : Kitab Hadis 40 Imam Nawawi - Hadis 2

Kepada anda yang telah tertunggu-tunggu susulan hadis ke-2 dari Kitab Hadis 40 Imam Nawawi yang disyarahkan oleh Tuan Guru Syeikh Nuruddin Al-Banjari, di bawah ini disertakan klip video kuliah tersebut.

Kuliah diadakan 14 April 2012 yang lalu. Video ini merupakan versi penuh memakan masa hampir satu setengah jam tidak termasuk soal-jawab. Kualiti audio juga telah dipertingkatkan. Kuliah ini akan dikeluarkan dalam bentuk DVD sebagaimana sebelumnya. Kepada sesiapa yang berminat untuk medapatkan versi DVD sila email ke rash6596@yahoo.com (sila lihat posting-posting terdahulu...). Semoga bermanfaat...









Wednesday, April 11, 2012

Pelan Laluan Ke Masjid Al-Azim...

Di bawah adalah pelan laluan ke Masjid Al-Azim, venue berlangsungnya Malam Ehya' Mahabbah Rasulillah S.A.W bersam Al-Allamah Al-Habib Omar BenHafiz pada 18 April 2012.



Latar Belakang al-Alamah al-Habib Umar al-Hafiz

(Sepertimana yang dipetik dari blog pondoktauhid)

Latar Belakang al-Alamah al-Habib Umar al-Hafiz


Al-Alamah al-Habib Umar bin Muhammad bin Salim bin Hafiz bin Abdullah bin Abi Bakr bin Idrus bin Umar bin Idrus bin Umar bin Abi Bakr bin Idrus bin al-Husin bin al-Shaikh Abi bakr bin Salim bin Abdullah bin Abd. al-Rahman bin Abdullah bin al-Shikh Abd. al-Rahman al-Saqaf bin Muhammad Maulay al-Duwailah bin Ali bin Alawi bin Muhammad sahib al-saumiah ibn Alawi bin Abdullah bin al-Imam al-Muhajir ila Allah Ahmad bin Isa bin Muhammad al-Naqib bin Ali al-Aridhy bin Jafar al-Sadiq bin Muhammad al-Baqir bin Ali Zain al-Abiddin bin al-Husin al-Sibthi bin Ali bin Abi Thalib dan anak Fatimah al-Zahra’ binti Saidina Muhammad Khatam al-Nabiyin selawat, salam dan keberkatan ke atasnya dan ke atas mereka seluruhnya.

Dilahirkan di Bandar Tarim, Hadramaut Negara Republik Yaman sebelum fajar hari Isnin 4 Muharam 1383H bersamaan 27 Mei 1963M. Mendapat pendidikan awal daripada bapanya yang ketika itu menjawat jawatan mufti di Tarim. Seterusnya menerima ilmu daripada ulamak-ulamak Hadramaut yang ada pada masa itu, antara guru beliau yang utama ialah al-Habib Salim bin Abdullah al-Shathry.

Bermula tahun 1402H bersamaan 1982M al-Alamah al-Habib Umar berulang-alik ke al-Haramain al-Sharifain untuk menimba ilmu dan tarbiyah daripada al-Imam al-Arif al-Daiyah al-Habib Abd al-Qadir bin Ahmad al-Saqaf, al-Arif al-Daiyah al-Habib Ahmad bin Taha al-Hadad, al-Arif al-Alamah Abi Bakr al-Athas bin Abdullah al-Habasi dan beliau menerima ijazah al-Asanid daripada al-Musnid al-Shaikh Muhammad Yasin al-Fadany dan al-Alamah Muhadith al-Haramain al-Sayyid Muhammad bin Alawi al-Maliky dan ulamak-ulamak lain.

Beliau mula mengajar dan melaksanakan tugasan dakwah Islam ketika berusia 15 tahun disamping meneruskan pengajian secara talaqi. Berdakwah, mengajar dan belajar telah sebati dalam jiwa beliau. Pada tahun 1414H bersamaan 1994M apabila kembali ke tanah tumpah darahnya, beliau telah mengasaskan sebuah pusat pendidikan Islam yang diberi nama “Dar al-Musthafa” di Bandar Tarim Hadramaut. Ini berikutan daripada pelajar-pelajar yang datang dari beberapa Negara Islam untuk menerima didikan daripada beliau. Diperingkat awal penubuhan Dar al-Mustafa diasaskan atas beberapa matlamat seperti berikut:-

1. Menimba ilmu syariat dan ilmu-ilmu yang berkaitan dengannya secara talaqi daripada guru-guru yang berkeahlian dalam bidang tersebut berserta sanad mereka
2. Membersihkan jiwa serta mendidik akhlak
3. Mengarusperdanakan ilmu-ilmu yang bermanafaat serta dakwah kepada Allah.

Akhirnya Dar al-Musthafa mampu membangunkan tapak pengajian sendiri yang dinobatkan secara rasmi sebagai sebuah pusat pengajian dan pendidikan Islam pada 29 Zu al-Hijjah bersamaan 6 Mei 1997. Kini Dar al-Mustafa begitu mendapat perhatian daripada pelajar-pelajar seluruh dunia Islam, ditambah pula graduan-graduannya telah diiktiraf oleh al-Azhar al-Sahrif dan kebanyakan universiti terkemuka dunia Islam.

Al-Alamah al-Habib Umar al-Hafiz telah banyak menbuat lawatan dakwah Islami dan menyampaikan ilmu syarak ke negara-negara Islam lain seperti Syria. Mesir, Sudan, Pakistan, Indonesia, Brunei Darussalam dan Negara kita Malaysia saban tahun

Tuesday, April 10, 2012

Habib Omar Benhafiz : Baitul Qurro' 2010...

Mungkin ada diantara kita yang tidak mengetahui bahawa Al-Habib Omar Benhafiz yang bakal bertandang ke Melaka 18 April ini sebenarnya telah pun pernah menjejakkan kakinya ke sini pada tahun 2010... atau tepatnya 12 Januari 2010 bersamaan 26 Muharram 1431. Dan lokasinya adalah tidak lain tidak bukan di Madrasah Baitul Qurro' wal Fuqoha' (yang pada ketika itu masih dikenali sebagai Baitul Qurro' wal 'ilmi).

Ia merupakan satu detik sejarah yang tidak mungkin dilupakan, dimana madrasah kecil yang terletak di hujung kampung menjadi pilihan destinasi pilihan kepada ulama' besar dunia sanjungan jutaan ummat... Sudah tentu ianya adalah perancangan dan atas kehendak Allah SWT jua. Semoga detik manis ini kembali berulang dilain waktu, insyaallah...

Bagi menjana aura kedatangan Al-Habib Omar Benhafiz beberapa hari lagi, di bawah ini disertakan kembali beberapa sedutan video detik-detik sejarah suasana di majlis yang penuh barokah tersebut...





Habib Omar Benhafiz : Ziarah 2007...











Bersempena ziarah Al-Habib Umar Benhafiz ke Melaka pada 18 April ini, blog 'kuliahustazzul' akan membuat beberapa posting bagi menyalurkan sedikit sebanyak maklumat berkaitan beliau agar. Semoga ada diantara kita yang mungkin pertama kali mendengar nama beliau mendapat manfaatnya.

Dibawah ini adalah sedutan video ziarah Al-Habib ke Malaysia pada tahun 2007.

Monday, April 9, 2012

Habib Omar Ben Hafiz di Melaka...

Mesyuarat yang berkaitan telah memutuskan secara rasmi program ziarah Al-'Allamah Al-Habib Omar BenHafiz ke Melaka adalah seperti yang tertera dalam poster di bawah. Anda dialu-alukan untuk memanjangkan pengumuman ini... Insyaallah selepas ini blog 'kuliahustazzul' akan cuba memaparkan sedikit-sebanyak maklumat berhubung dengan Al-Habib
Omar BenHafiz...


Kuliah Dhuha 8 April 2012

‎"Orang mukmin melihat dosa seperti sebuah gunung yang akan menghempapnya... manakala orang munafiq melihat dosa seperti seekor lalat yang hinggap di hidungnya.. cukup hanya ditepis untuk menghalau dan melupakannya..."




Manusia tidak akan dapat belajar dan faham tentang akibat dosa daripada buku-buku atau ahli fikir... Pengetahuan dan kefahaman itu hanyalah menerusi Nabi S.A.W melalui hadis-hadisnya. Contohnya azab kubur...


Sunday, April 8, 2012

Kuliah Dhuha Perdana 2 : Sheikh Nuruddin Al-Banjari

Alhamdulillah, sekali lagi dengan izin dan limpah kurnia dari Allah SWT, Madrasah Baitul Qurro' wal Fuqoha' akan dikunjungi sekali lagi oleh Al-Fadhil Tuan Guru Sheikh Nuruddin Marbu Al-Banjari Al-Makki pada 14 April 2012 bagi meneruskan pengajian Kitab Hadis 40 Imam Nawawi. Pengajian pertama bermula pada 17 Mac yang lalu.

Dengan ini kami dengan rasa rendah hati mewakili mudir madrasah Al-Fadhil Tuan Guru Ustaz Zulkifli Hj. Ismail menjemput semua muslimin dan muslimat untuk sama-sama meluangkan masa hadir ke majlis penuh barokah ini insyaallah...


Tuan-tuan dipersilakan dan dialu-alukan untuk menggunakan poster diatas dalam pelbagai cara untuk mempromosikan Kuliah Dhuha Perdana ini. Semoga bermanfaat dunia dan akhirat... Jazakallah khairan kathira....