Wednesday, April 25, 2012

Habib Omar BenHafiz Di Melaka "Trailer"...

Malam yang mencatat sejarah di bumi bertuah... penuh barokah... dan limpahan hidayah... Insyaallah...

Di bawah ini adalah 'official trailer' Malam Ehya' Mahabbah Rasulillah SAW Di Masjid Al-Azim...



Kami sedang berusaha menyediakan stok secukupnya untuk edaran sekitar Melaka. Insyaallah anda boleh dapatkan pada Kuliah Dhuha Ustaz Zulkifli Ismail di Madrasah Baitul Qurro' wal Fuqoha' bermula Ahad ini...

Untuk maklumat lanjut sila email rash6596@yahoo.com

Tuesday, April 24, 2012

WAJAH-WAJAH...

Malam Ehya' Mahabbah Rasulillah SAW... Di Masjid Al-Azim, Melaka pada 18 April 2012...



















Thursday, April 19, 2012

Sheikh Nuruddin : Kitab Hadis 40 Imam Nawawi - Hadis 2

Kepada anda yang telah tertunggu-tunggu susulan hadis ke-2 dari Kitab Hadis 40 Imam Nawawi yang disyarahkan oleh Tuan Guru Syeikh Nuruddin Al-Banjari, di bawah ini disertakan klip video kuliah tersebut.

Kuliah diadakan 14 April 2012 yang lalu. Video ini merupakan versi penuh memakan masa hampir satu setengah jam tidak termasuk soal-jawab. Kualiti audio juga telah dipertingkatkan. Kuliah ini akan dikeluarkan dalam bentuk DVD sebagaimana sebelumnya. Kepada sesiapa yang berminat untuk medapatkan versi DVD sila email ke rash6596@yahoo.com (sila lihat posting-posting terdahulu...). Semoga bermanfaat...









Wednesday, April 11, 2012

Pelan Laluan Ke Masjid Al-Azim...

Di bawah adalah pelan laluan ke Masjid Al-Azim, venue berlangsungnya Malam Ehya' Mahabbah Rasulillah S.A.W bersam Al-Allamah Al-Habib Omar BenHafiz pada 18 April 2012.



Latar Belakang al-Alamah al-Habib Umar al-Hafiz

(Sepertimana yang dipetik dari blog pondoktauhid)

Latar Belakang al-Alamah al-Habib Umar al-Hafiz


Al-Alamah al-Habib Umar bin Muhammad bin Salim bin Hafiz bin Abdullah bin Abi Bakr bin Idrus bin Umar bin Idrus bin Umar bin Abi Bakr bin Idrus bin al-Husin bin al-Shaikh Abi bakr bin Salim bin Abdullah bin Abd. al-Rahman bin Abdullah bin al-Shikh Abd. al-Rahman al-Saqaf bin Muhammad Maulay al-Duwailah bin Ali bin Alawi bin Muhammad sahib al-saumiah ibn Alawi bin Abdullah bin al-Imam al-Muhajir ila Allah Ahmad bin Isa bin Muhammad al-Naqib bin Ali al-Aridhy bin Jafar al-Sadiq bin Muhammad al-Baqir bin Ali Zain al-Abiddin bin al-Husin al-Sibthi bin Ali bin Abi Thalib dan anak Fatimah al-Zahra’ binti Saidina Muhammad Khatam al-Nabiyin selawat, salam dan keberkatan ke atasnya dan ke atas mereka seluruhnya.

Dilahirkan di Bandar Tarim, Hadramaut Negara Republik Yaman sebelum fajar hari Isnin 4 Muharam 1383H bersamaan 27 Mei 1963M. Mendapat pendidikan awal daripada bapanya yang ketika itu menjawat jawatan mufti di Tarim. Seterusnya menerima ilmu daripada ulamak-ulamak Hadramaut yang ada pada masa itu, antara guru beliau yang utama ialah al-Habib Salim bin Abdullah al-Shathry.

Bermula tahun 1402H bersamaan 1982M al-Alamah al-Habib Umar berulang-alik ke al-Haramain al-Sharifain untuk menimba ilmu dan tarbiyah daripada al-Imam al-Arif al-Daiyah al-Habib Abd al-Qadir bin Ahmad al-Saqaf, al-Arif al-Daiyah al-Habib Ahmad bin Taha al-Hadad, al-Arif al-Alamah Abi Bakr al-Athas bin Abdullah al-Habasi dan beliau menerima ijazah al-Asanid daripada al-Musnid al-Shaikh Muhammad Yasin al-Fadany dan al-Alamah Muhadith al-Haramain al-Sayyid Muhammad bin Alawi al-Maliky dan ulamak-ulamak lain.

Beliau mula mengajar dan melaksanakan tugasan dakwah Islam ketika berusia 15 tahun disamping meneruskan pengajian secara talaqi. Berdakwah, mengajar dan belajar telah sebati dalam jiwa beliau. Pada tahun 1414H bersamaan 1994M apabila kembali ke tanah tumpah darahnya, beliau telah mengasaskan sebuah pusat pendidikan Islam yang diberi nama “Dar al-Musthafa” di Bandar Tarim Hadramaut. Ini berikutan daripada pelajar-pelajar yang datang dari beberapa Negara Islam untuk menerima didikan daripada beliau. Diperingkat awal penubuhan Dar al-Mustafa diasaskan atas beberapa matlamat seperti berikut:-

1. Menimba ilmu syariat dan ilmu-ilmu yang berkaitan dengannya secara talaqi daripada guru-guru yang berkeahlian dalam bidang tersebut berserta sanad mereka
2. Membersihkan jiwa serta mendidik akhlak
3. Mengarusperdanakan ilmu-ilmu yang bermanafaat serta dakwah kepada Allah.

Akhirnya Dar al-Musthafa mampu membangunkan tapak pengajian sendiri yang dinobatkan secara rasmi sebagai sebuah pusat pengajian dan pendidikan Islam pada 29 Zu al-Hijjah bersamaan 6 Mei 1997. Kini Dar al-Mustafa begitu mendapat perhatian daripada pelajar-pelajar seluruh dunia Islam, ditambah pula graduan-graduannya telah diiktiraf oleh al-Azhar al-Sahrif dan kebanyakan universiti terkemuka dunia Islam.

Al-Alamah al-Habib Umar al-Hafiz telah banyak menbuat lawatan dakwah Islami dan menyampaikan ilmu syarak ke negara-negara Islam lain seperti Syria. Mesir, Sudan, Pakistan, Indonesia, Brunei Darussalam dan Negara kita Malaysia saban tahun

Tuesday, April 10, 2012

Habib Omar Benhafiz : Baitul Qurro' 2010...

Mungkin ada diantara kita yang tidak mengetahui bahawa Al-Habib Omar Benhafiz yang bakal bertandang ke Melaka 18 April ini sebenarnya telah pun pernah menjejakkan kakinya ke sini pada tahun 2010... atau tepatnya 12 Januari 2010 bersamaan 26 Muharram 1431. Dan lokasinya adalah tidak lain tidak bukan di Madrasah Baitul Qurro' wal Fuqoha' (yang pada ketika itu masih dikenali sebagai Baitul Qurro' wal 'ilmi).

Ia merupakan satu detik sejarah yang tidak mungkin dilupakan, dimana madrasah kecil yang terletak di hujung kampung menjadi pilihan destinasi pilihan kepada ulama' besar dunia sanjungan jutaan ummat... Sudah tentu ianya adalah perancangan dan atas kehendak Allah SWT jua. Semoga detik manis ini kembali berulang dilain waktu, insyaallah...

Bagi menjana aura kedatangan Al-Habib Omar Benhafiz beberapa hari lagi, di bawah ini disertakan kembali beberapa sedutan video detik-detik sejarah suasana di majlis yang penuh barokah tersebut...





Habib Omar Benhafiz : Ziarah 2007...











Bersempena ziarah Al-Habib Umar Benhafiz ke Melaka pada 18 April ini, blog 'kuliahustazzul' akan membuat beberapa posting bagi menyalurkan sedikit sebanyak maklumat berkaitan beliau agar. Semoga ada diantara kita yang mungkin pertama kali mendengar nama beliau mendapat manfaatnya.

Dibawah ini adalah sedutan video ziarah Al-Habib ke Malaysia pada tahun 2007.

Monday, April 9, 2012

Habib Omar Ben Hafiz di Melaka...

Mesyuarat yang berkaitan telah memutuskan secara rasmi program ziarah Al-'Allamah Al-Habib Omar BenHafiz ke Melaka adalah seperti yang tertera dalam poster di bawah. Anda dialu-alukan untuk memanjangkan pengumuman ini... Insyaallah selepas ini blog 'kuliahustazzul' akan cuba memaparkan sedikit-sebanyak maklumat berhubung dengan Al-Habib
Omar BenHafiz...


Kuliah Dhuha 8 April 2012

‎"Orang mukmin melihat dosa seperti sebuah gunung yang akan menghempapnya... manakala orang munafiq melihat dosa seperti seekor lalat yang hinggap di hidungnya.. cukup hanya ditepis untuk menghalau dan melupakannya..."




Manusia tidak akan dapat belajar dan faham tentang akibat dosa daripada buku-buku atau ahli fikir... Pengetahuan dan kefahaman itu hanyalah menerusi Nabi S.A.W melalui hadis-hadisnya. Contohnya azab kubur...


Sunday, April 8, 2012

Kuliah Dhuha Perdana 2 : Sheikh Nuruddin Al-Banjari

Alhamdulillah, sekali lagi dengan izin dan limpah kurnia dari Allah SWT, Madrasah Baitul Qurro' wal Fuqoha' akan dikunjungi sekali lagi oleh Al-Fadhil Tuan Guru Sheikh Nuruddin Marbu Al-Banjari Al-Makki pada 14 April 2012 bagi meneruskan pengajian Kitab Hadis 40 Imam Nawawi. Pengajian pertama bermula pada 17 Mac yang lalu.

Dengan ini kami dengan rasa rendah hati mewakili mudir madrasah Al-Fadhil Tuan Guru Ustaz Zulkifli Hj. Ismail menjemput semua muslimin dan muslimat untuk sama-sama meluangkan masa hadir ke majlis penuh barokah ini insyaallah...


Tuan-tuan dipersilakan dan dialu-alukan untuk menggunakan poster diatas dalam pelbagai cara untuk mempromosikan Kuliah Dhuha Perdana ini. Semoga bermanfaat dunia dan akhirat... Jazakallah khairan kathira....

Tuesday, April 3, 2012

Mufti Iraq - DVD Untuk Edaran...

Alhamdulillah, satu lagi siri kuliah di Baitul Qurro' wal Fuqoha' telah siap di'DVD'kan. Sedutan videonya telah di'post'kan dalam entry sebelum ini. Kepada sesiapa yang berminat untuk memiliki DVD ini boleh emailkan alamat penghantaran serta maklumat ke rash6596@yahoo.com.

Harganya adalah RM10.00 + Kos Poslaju RM5.90 = RM15.90. Genapkan RM15.00 sahaja. Sekali lagi dinyatakan jualan ini adalah untuk menyokong usaha-usaha da'wah agar ianya tetap berterusan. Dan dari masa ke semasa kami sentiasa berusaha untuk memastikan kualiti terbaik dari sudut imej 'cover' dan juga isi didalamnya... Insyaallah...


Features / Ciri-Ciri :
Thick Black DVD Cover Box
Professional Graphic Design
1 DVD-R (No-Label)