Thursday, October 20, 2011

Habib Soleh Al-Jufri 1 - Pertalian Kepada Rasulullah SAW

Berikut adalah beberapa petikan daripada tausiah yang telah disampaikan oleh Habib Soleh Al-Jufri dari Solo, Jawa Tengah. Beliau telah datang ke Madrasah Baitul Qurro' wal Fuqoha baru-baru ini bersempena dengan sambutan Majlis Haul Imam Al-Haddad. Semoga bermanfaat...

Habib Soleh Al-Jufri 2 - Kefahaman Yang Benar

Habib Soleh Al-Jufri 3 -Niat Kerana Allah...

Habib Soleh Al-Jufri 4 - Imam Abdullah AlHaddad

Friday, October 7, 2011

Haul Imam Al-Haddad di Baitul Qurro' wal Fuqoha'

Alhamdulillah malam tadi telah sempurna berlangsungnya Majlis Haul Imam Al-Haddad peringkat Negeri Melaka di Madrasah Batul Qurro' wal Fuqoha. Penceramah jemputan adalah Al-Habib Soleh Al-Jufri dari Solo, Jawa Tengah. Beliau diiringi oleh delegasi dari Kuala Lumpur yang turut disertai oleh Habib Najmuddin Al-Khered dan Habib Abdurrahman Al-Haddad. Habib Soleh Al-Jufri pernah datang ke Baitul Qurro' beberapa tahun yang lepas...

Majlis bermula jam 6.30 petang dengan bacaan Wirdullathif... diikuti Solat Maghrib berjamaah, ucapan aluan oleh Mudir Madrasah - Ustaz Zulkifli Ismail, alunan qasidah oleh Ustaz Syauqi, ucapan oleh Habib Najmuddin serta tausiah oleh Habib Soleh Al-jufri.

Di bawah ini dikongsikan foto-foto yang sempat di'snap' pada majlis tersebut.

Habib Soleh Al-Jufri


Habib Soleh Al-Jufri

Habib Najmuddin berceramah... tidak lagi menterjemah seperti sebelumnya..

Wajah ceria... sebelum tertidur...

Leka bermain tetapi telinga tajam menangkap ceramah habib...

Antara delegasi dari Kuala Lumpur...

Bahagian anjung luar dewan madrasah...

Tuan guru... lebih khusyuk dari anak murid...

Ustaz Syauqi mengalunkan qasidah...

Delegasi Habib bersama Ustaz Zul dan Ustaz Amali (kiri)...



Selesai Majlis... menuju ke tempat hidangan...

Suasana di dalam dewan...

Al Habib menyampaikan mutiara peringatan....




Hidangan untuk jasmani pula...
Kat tangga pun boleh... perut dah lapar ni...


Tuesday, October 4, 2011

Kuliah USTAZ AZHAR IDRUS di MELAKA..!!

Assalamualaikum,









Untuk julung kalinya... setelah puas menanti.. kini kuliah Ustaz 'YouTube' Azhar Idrus akan berada di Melaka... istimewanya di Madrasah BAITUL QURRO' wal FUQOHA', Sungai Udang pada 29.10.2011. Jadual ini telah disahkan oleh website Ustaz Azhar sendiri www.ustazazhar.net. Venue kedua adalah Madrasah It-Tihadiah, di Taman Desa Duyong pada 30.10.2011.

































Team penganjur di Melaka telah berusaha untuk mendapatkan lokasi yang terbaik terutama bagi menampung kehadiran yang dijangka sangat ramai. Lokasi awal yang dikenalpasti adalah Masjid MITC, kerana kawasannya yang luas dan kedudukannya berhampiran dengan pintu masuk dari lebuhraya. Apakan daya atas beberapa isu yang telah dijangkakan lokasi kuliah terpaksa dijadualkan ke lokasi yang lebih 'selamat' walaupun mungkin akan menyebabkan sedikit ketidakselesaan.

Terima kasih dan setinggi penghargaan kepada team Ustaz Azhar yang sudi menjadualkan kuliah di Melaka.

Untuk lihat, cetak atau 'save' pelan lokasi kedua-dua venue tersebut sila klik disini.

Wednesday, September 28, 2011

Majlis Haul IMAM AL-HADDAD Di Baitul Qurro' wal Fuqoha'

Sukacita dimaklumkan bahawa Madrasah Baitul Qurro' wal Fuqoha telah dipilih sebagai salah satu destinasi para alim ulama dan habaib untuk mengadakan Majlis Haul Imam Al-Haddad. Majlis akan berlangsung pada 06 Oktober 2011 bersamaan 08 Zulkaedah 1432. Tuan puan semua adalah dijemput hadir untuk sama-sama mendapat berkat dan rahmat dari Allah SWT Insyaallah...









Majlis akan bermula pada jam 6.30 petang.

Bacaan Wirdullathif

Solat Maghrib Berjamaah

Bacaan Ratib Al-Haddad

Qasidah

Ucapan Aluan Mudir Madrasah Baitul Qurro' wal Fuqoha'

Tausiah oleh Penceramah Jemputan dari Yaman

Solat Isya' Berjamaah

Jamuan Makan

Untuk maklumat berhubung dengan keseluruhan Majlis Haul ini sila ke www.alhawi.net
Kepada yang belum pernah datang ke Baitul Qurro' dapatkan Pelan Lokasi di sini.

Saturday, August 13, 2011