Saturday, March 24, 2012

MUFTI IRAQ Di Baitul Qurro' wal Fuqoha'...

Alhamdulillah... kami panjatkan segala puji dan syukur yang tidak terhingga ke hadhrat Allah Ta'ala kerana sekali lagi bumi Melaka akan disuburkan dengan siraman nur ilmu para ulama'Nya..

Diberitakan oleh Al-Fadhil Tuan Guru Ustaz Zulkifli Ismail bahawa seorang ulama besar iaitu Al-Allamah Sheikh Dr. Rafi' ArRifa'e akan berkunjung ke Melaka, khususnya ke Baitul Qurro' wal Fuqoha' pada ketentuan seperti yabg tertera di poster di bawah...


Sedikit maklumat mengenai latar belakang Sheikh...

Sheikh Prof. Dr. Doctor Rafi’ Taha ArRifaie – Mufti Iraq
Doktor Rafi’ Taha dilahirkan pada tahun 1959 di Al Falujah, Anbar, Iraq.
Sebaik sahaja beliau menamatkan pengajian Ijazah Sarjana dan Master, Doktor Rafi’ Taha telah meneruskan pengajian Kedoktorannya (PHD) pada tahun 2001 di University Baghdad/ Kolej Sains Islam. 
Beliau telah dilantik sebagai tenaga pengajar di dalam bidang Pengajian Islam di sekolah – sekolah di sekitar Baghdad dari tahun 1984 hingga 1989. Beliau kemudiannya mengajar ilmu Pengajian Islam di Universiti Islam Baghdad dari tahun 1991 sehingga tahun 1995. Pada masa yang sama, Doktor Rafi’ Taha juga turut belajar di pusat pengajaran Abdul Qader Al Gaylani di Baghdad (1991 – 1993). Beliau kemudiannya menyambung pengajiannya di Kolej Sains Islam dari tahun 1996 hingga tahun 2002.
Ketika ini, beliau adalah salah seorang pensyarah di Kolej Sains Kemanusiaan/ Universiti Sulaimania yang terletak di bahagian Utara Iraq. Beliau mengajar pelajar -pelajar pasca-siswazah dan ijazah dasar di kolej tersebut.
Beliau telah dilantik sebagai Imam dan Khatib dari tahun 1978 sehingga tahun 2005. Pada masa yang sama, beliau turut memegang jawatan Pengurus di Pusat Penyampaian Quran di Iraq dari tahun 1994 hingga 1995. Beliau juga merupakan salah seorang ahli Majlis Islam bagi Kementerian Hal Ehwal Islam di Iraq.
Doktor Rafi’ Taha telah dilantik sebagai Presiden Majlis Mufti Iraq bermula dari tahun 2007. 

No comments: