Wednesday, March 7, 2012

Ziarah Habib Naufal bin Abdullah Al-Kaff Ke Baitul Qurro'...

Alhamdulillah... Semalam, 7 Mac 2012 sekali lagi Baitul Qurro' wal Fuqoha' tersentuh oleh cahaya barokah dan mahabbah dek ziarah oleh Al-Habib Naufal bin Abdullah Al-Kaff, Mudir Pesantren Al-Habib, Sukabumi, Jakarta, Indonesia.

Al-Habib tiba kira-kira jam 11.30 pagi bersama beberapa pengiringnya termasuklah Tuan Hj. Amir. Beliau disambut oleh Al-Fadhil Tuan Guru Ustaz Zulkifli Hj. Ismail sendiri berserta dengan para pelajar madrasah. Dalam ziarah singkat tersebut Al-Habib Naufal sempat menyampaikan beberapa amanat penting untuk dijadikan 'azimat' oleh para pelajar.

Antara yang sempat kami rakamkan adalah '..Syeikh Abdul Qodir Al-Jailani mengatakan - Sekiranya kamu melihat orang yang sedang mabuk atau berzina pun.. bersangka baiklah padanya.. apalagi terhadap gurumu yang sentiasa mengajarmu... menasihatimu.. membimbingmu...". Nasihatnya ringkas tetapi insyallah kekal kejap di hati-hati kami...

Sempat juga rombongan Al-Habib dan para pelajar madrasah 'berbalas' qasidah sebelum berangkat meninggalkan kami. Pada sebelah malamnya Al-Habib telah menyampaikan tausiahnya di Masjid FathurRahman, Pengkalan Rama. Semoga Al-Habib Naufal bin Abdullah Al-Kaff sudi berziarah lagi ke Baitul Qurro' wal Fuqoha'...



























No comments: