Thursday, March 29, 2012

DVD Video - Untuk Edaran..


Features / Ciri-Ciri :
Thick Black DVD Cover Box
Professional Graphic Design
1 DVD-R (No-Label)

Alhamdulillah, syarahan Hadis No. 1 dari Kitab Hadis 40 karangan Imam Nawawi telah siap di'DVD'kan, dan insyaallah sedia untuk edaran di kuliah dhuha akan datang di Madrasah Baitul Qurro' wal Fuqoha', Sungai Udang, Melaka.

Sebelum itu suka kami memberikan sedikit penjelasan berkenaan dengan penjualan DVD ini. 

Ianya bukanlah berorientasikan komersial atau keuntungan kerana adalah tidak layak ilmu Allah serta usaha murni para ulamaknya dimanipulasikan untuk tujuan sebegitu. Hasrat awalnya adalah untuk menyebarluaskan seluas-luasnya apa-apa ilmu dan manfaat yang keluar dari Madrasah Baitul Qurro' ini. Lantas kami membina blog ini bagi menyalurkan maklumat yang berkaitan serta berkongsi ilmu menerusi foto dan video-video. 

Bagaimanapun, dengan kedatangan semakin ramai para 'alim ulamak serta para habaib mencurah ilmu ke sini, menyebabkan permintaan terhadap video penuh (full video) dan berkualiti semakin mendesak. Telah termaklum bahawa kualiti dan jangkamasa video YouTube adalah amat terhad. Tambahan pula ramai lagi yang tiada akses kepada dunia cyber terutama pelajar-pelajar yang 'senior'.

Maka kami membuat keputusan bahawa ilmu yang sangat bermanfaat ini tidak lagi perlu tersekat-sekat atau terhad. Insyallah kami berusaha sebaik mungkin untuk men'DVD'kan mana-mana kuliah yang berkaitan untuk sebaran anda.

Sebagai bonus - DVD ini akan didatangkan dalam 'packaging' yang profesional dan menarik setanding dengan apa yang ada di pasaran. Ini penting bagi memberikan satu imej baru dan segar kepada usaha-usaha dakwah yang selama ini dipandang sebelah mata sahaja. Selain itu  imej ini juga mudah-mudahan dapat menyuntik rasa seronok kepada anda untuk terus menyimpan koleksi DVD ilmu ini.

Hasil keuntungan jualan DVD (jika ada) insyaallah akan disalurkan kepada menyokong usaha-usaha dakwah seperti percetakan pamplet dan 'banner', penghasilan video kuliah seterusnya, serta lain-lain keperluan yang berkaitan.

Berbalik kepada edaran atau pemasaran... DVD ini boleh didapati secara terus selepas kuliah dhuha Tuan Guru Ustaz Zulkifli Ismail setiap Ahad jam 10 - 11.30 pagi. Bagi anda yang berada jauh atau di luar Melaka boleh hantarkan email ke rash6596@yahoo.com untuk pertanyaan.

Sebagai tambahan, usaha awal kami ini mungkin terdapat sedikit kekurangan di beberapa bahagian... tetapi insyaallah kami akan perbaiki semampu kami dari masa ke semasa. Semoga diberikan kekuatan dan kemudahan oleh Allah Ta'ala dalam membantu dan memberi khidmat kepada Tuan Guru Ustaz Zulkifli Ismail...

2 comments:

Musafir said...

Assalammua'laikum..

ana dah berikan alamat menerusi emel. Harap dapat berikan akaun no untuk tujuan pembayaran.
xsabar mahu dapatkan dvd tersebut.

syukran atas infonya.

admin said...

Insyaallah kami usahakan penghantarannya hari ini tuan. No akaun kami akan email. JZK..!!