Tuesday, January 15, 2013

Kuliah TAUHID : Kitab AQIDAH THAHAWIYAH

Sukacita dimaklumkan bahawa Tuan Guru Hj. Ghazali Ahmad, seorang ulama Usuluddin terkemuka dari Pattani, Selatan Thailand telah bersetuju untuk mengadakan kuliah bulanannya di Baitul Qurro' wal Fuqoha' bermula 19 Januari ini.

Tuan Guru lebih dikenali dengan panggilan 'BABA LI' sebagaimana lazimnya yang dikenali di daerah-daerah Selatan Thai dan juga Kelantan. Baba Li telah pernah berkunjung buat pertama kalinya ke Baitul Qurro' wal Fuqoha' dan menyampaikan kuliah pengenalannya pada Ogos 2012 yang lalu.

Beliau akan mensyarahkan kitab AQIDAH THAHAWIYAH karangan Imam Abu Ja'afar Ahmad b. Muhammad at-Thahawi (klik untuk biodata).

Ini merupakan satu nikmat yang besar kepada kita di negeri Melaka khasnya selepas kedatangan Tuan Guru Sheikh Nuruddin Al-Banjari yang mensyarahkan Kitab Hadis 40 Imam AnNawawi.

Kami menyeru kepada sahabat dan saudara sekelian untuk bersama-sama mengimarahkan majlis ilmu yang semakin subur bercambah di sekitar kita. Semoga Allah memelihara dan menambahkan lagi nikmat ini kepada kita..


1 comment:

Mohd izzat said...

Mana nak beli kitab akidah tohawiyah nie... Kebanyakan di pasaran versi wahabi..