Saturday, June 23, 2012

Pelajar Baitul Qurro' Ke Yaman...

Pada 10 Jun 2012, setelah selesai pengajian Kuliah Dhuha oleh Al-Fadhil Tuan Guru Ustaz Zulkifli, telah berlangsung satu majlis ringkas penyampaian sumbangan kepada para pelajar Baitul Qurro' wal Fuqoha' yang bakal melanjutkan pelajaran ke negara Yaman.

Majlis telah dimulakan dengan ucapan ringkas wakil-wakil pelajar dan disusuli dengan penyampaian sumbangan dari pihak wakil madrasah. Menurut Al-Fadhil Tuan Guru para pelajar yang melanjutkan pelajaran ke Yaman akan berada di sana untuk jangkasa selama sekurang-kurangnya 7 tahun bagi memastikan mereka benar-benar mendalami ilmu yang dipelajari untuk dibawa balik ke tanahair dan disebarkan.

Sebahagian dari mereka telah pun berangkat pada 12 Jun yang lepas. Didoakan agar segala urusan mereka dipermudahkan Allah SWT. Amin...

Pelajar yang melanjutkan pelajaran ke Yaman (Belakang) bersama
wakil-wakil penuntut kuliah dhuha

Pelajar lelaki bersama dengan tenaga pengajar dan kakitangan BQWF


Penyampaian sumbangan kepada pelajar

Ucapan wakil pelajar - Saudara Musa

Ucapan wakil pelajar - Saudara Muhammad

Saudara Hamzah telah beberapa tahun berada di Yaman
berkongsi pengalaman beliau

5 comments:

Anonymous said...

Assalamualaikum wbt. bgmana untuk menghubungi pengurusan pondok ini sekiranya ada pelajar universiti ingin menganjurkan daurah di pondok. terima kasih

pencari ilmu said...

saya pelajar universiti yang berminat utk mengikuti pengajian di pondok. jadi sy ingin mengetahui jika ada mana2 daurah di anjurkan di pondok ini sekitar october sehingga disember 2012

admin said...

Waalaikumussalam WBT..

Sila email ke rash6596@yahoo.com berserta butiran berkaitan. Insyaallah kami akan salurkan ke pengurusan madrasah...

Terima kasih..

Musafir said...

Assalammua'laikum..

boleh detailskan perbelanjaan untuk sesorang ke Yman? ana berhajat menghantar 2 org adik di BQ.. jd harap dapat respon ASAP, atau ke emel, musafir.dunia7@gmail.com. syukran

admin said...

Insyaallah kami cuba dapatkan maklumat berkenaan dan emailkan kepada tuan.. Terima kasih