Sunday, April 8, 2012

Kuliah Dhuha Perdana 2 : Sheikh Nuruddin Al-Banjari

Alhamdulillah, sekali lagi dengan izin dan limpah kurnia dari Allah SWT, Madrasah Baitul Qurro' wal Fuqoha' akan dikunjungi sekali lagi oleh Al-Fadhil Tuan Guru Sheikh Nuruddin Marbu Al-Banjari Al-Makki pada 14 April 2012 bagi meneruskan pengajian Kitab Hadis 40 Imam Nawawi. Pengajian pertama bermula pada 17 Mac yang lalu.

Dengan ini kami dengan rasa rendah hati mewakili mudir madrasah Al-Fadhil Tuan Guru Ustaz Zulkifli Hj. Ismail menjemput semua muslimin dan muslimat untuk sama-sama meluangkan masa hadir ke majlis penuh barokah ini insyaallah...


Tuan-tuan dipersilakan dan dialu-alukan untuk menggunakan poster diatas dalam pelbagai cara untuk mempromosikan Kuliah Dhuha Perdana ini. Semoga bermanfaat dunia dan akhirat... Jazakallah khairan kathira....

4 comments:

farhana said...

Assalammualaikum pihak admin :) harap dapat upload kuliah Tn Sheikh Nuruddin Al-Banjari Al-Makki ni yeh..ingat nak download untuk simpanan..huhu..trima kasih ^^

admin said...

Insyaallah kami usahakan.. sekarang sibuk sikit berkaitan urusan ziarah Habib Umar Al-Hafiz ke Melaka.. JZK

Hitoeni Yuukan said...

as-salam w.b.t ada tak video untuk hadith yg kdua?. maaf . ana smpat hadir pngajian hadith pertama shja, hdith kdua tidk berkesempatan, mhon bntuan tuan menguploadnya syukran jazilan~

admin said...

Hadith kedua.. insyaallah ada.. sedang diusahakan.. JZK!