Sahabat dan saudara sekelian dijemput ke Kuliah Tuan Guru Sheikh Nuruddin Al-Banjari Al-Makki sepertimana yang tertera di bawah. Mohon jasa baik untuk disebarluaskan maklumat ini... semoga bermanfaat dunia dan akhirat...
Beliau merupakan Mudir Maahad Al-Islami Liddirasat Al-Islamiah, Kg Selabudi Sekam, Mayo, Pattani, Selatan Thailand... dan juga Ketua Badan Penerangan Persatuan Ulama Fatani Darrussalam. Bergiat aktif menyebarkan agama Allah dalam bentuk kuliah, ceramah, khutbah di Thailand dan Malaysia. Sekarang ini Baba Li sedang dalam proses membangunkan pondok yang dipimpinnya selaras dengan perkembangan pesat pengajian ilmu Islam serta pertambahan penuntut yang belajar di situ. Kepada saudara dan sahabat yang berhajat untuk menyumbang kepada pembangunan pondok ini boleh mendapatkan maklumat lanjut di pautan ini.
Kuliah dhuha 22 Julai 2012 merupakan kuliah pertama dalam bulan Ramadan 1433H. Sempena meraikan kedatangan Ramadan Al-Mubarak Al-Fadhil Tuan Guru memulakan kuliah dengan membicarakan perihal Ramadan dan ibadah puasa...
Terdapat sedikit gangguan audio diawal rakaman disebabkan masalah teknikal... harap maaf...
Kuliah disusul dengan keutamaan menghadiri majlis-majlis ilmu... Beruntunglah barangsiapa yang menjadikan majlis ilmu itu sebagai hartanya...