Sunday, March 4, 2012

Kuliah Dhuha 04.03.12

Kuliah Dhuha yang disampaikan oleh Al-Fadhil Ustaz Zulkifli Hj. Ismail pada 04 Mac 2012. Kitab Tafsir Nurul Ehsan yang dibaca pada Ahad pertama setiap bulan... (Video versi penuh..)



Saturday, March 3, 2012

"Pendidikan Bahasa Arab Al-Furqan" di Baitul Qurro'

Alhamdulillah... Sekali lagi Madrasah Baitul Qurro' wal Fuqoha' menjadi destinasi ilmu. Pada pagi tadi telah berlangsung satu sesi pra-dengar atau 'briefing' berkaitan dengan kaedah Pendidikan Bahasa Arab Al-Furqan. Kaedah ini telah popular di banyak tempat setelah ianya diperkenalkan di Radio IKIM sedikit masa dahulu. Bagi sesiapa yang pernah mengikuti rancangan ini tentu sudah tidak asing lagi dengan seorang ustaz penyampainya yang bersuara unik... Ustaz Nasaruddin Hasim.

Para peserta yang datang ke sesi pra-dengar
Ustaz Nasaruddin Hasim sedang memberikan penerangan














Al-Fadhil Tuan Guru sempat berbual dengan Ustaz Nasaruddin

Sambutannya memang diluar dugaan, sehingga kerusi yang disediakan tidak mencukupi... ada yang bersila dan ada yang menjengah dari luar sahaja. Tahniah untuk peserta yang datang pada pagi tadi... bukti masyarakat hari ini telah mula sedar akan nilai ilmu dan berusaha mencarinya. Menurut maklumat ada peserta yang datang dari Johor dan Negeri Sembilan...

Menurut Ustaz Nasaruddin kelas yang pertama insyaallah akan bermula pada Sabtu seterusnya 10 Mac 2012, jam 9.00 - 11.00 pagi. Pengajian akan berlangsung selama 8 bulan. Insyaallah tamat pengajian peserta akan dapat memahami makna dan isi al-quran. Kaedah pembelajarannya adalah tanpa hafalan dan tanpa kerja rumah. Sepanjang sesi pra-dengar tadi memang membuktikan pendekatannya memang menarik dan santai... Untuk maklumat lanjut boleh ke FaceBook beliau...

Dengan 'update' tersebut Insyaallah, seperti biasa kita berjumpa di pengajian Kuliah Dhuha bimbingan Al-Fadhil Ustaz Zulkifli jam 10.00 pagi esok... Pakat datang ramai-ramai...

Tuesday, February 28, 2012

Ustaz Mohd. Fadzil di Kuliah Dhuha...


Pada Ahad yang lepas mengikut perancangan sebagaimana yang dimaklumkan oleh AlFadhil Tuan Guru, kuliah akan disampaikan oleh penceramah undangan istimewa iaitu Al-Habib Umar Abdul Aziz bin Abdul Rahman bin Shihab dari Palembang, Indonesia. Bagaimanapun pada saat-saat akhir dimaklumkan bahawa Al-Habib tidak dapat hadir atas sebab keuzuran (Pada malam sebelumnya Al-Habib telah menyampaikan ceramahnya di Masjid Tengkera).

Tanpa disangka Tuan Guru membuat pengumuman tambahan bahawa kuliah akan disampaikan oleh adindanya Al-Fadhil Ustaz Mohd. Fadzil Hj. Ismail yang bakal tiba dari Klang. Sememangnya kedatangan Ustaz Mohd. Fadzil telah sekian lama dinantikan oleh warga Baitul Qurro' wal Fuqoha'. Ternyata kedatangan beliau dengan kuliah yang tidak dirancang ini benar-benar mengubat kerinduan kami... Perkara yang pasti ada pada setiap kali beliau menyampaikan kuliahnya sudah tentulah alunan-alunan qasidah dan nasyid dengan suaranya yang halus gemersik...

Jazakallahu Khairan Kathira atau kunjungan Ustaz Mohd. Fadzil Hj. Ismail... Sudilah kembali lagi ke Baitul Qurro'....

Insyaallah kami sedang berusaha untuk muatnaik sedutan video kuliah beliau...


Update (Video)


Wednesday, February 22, 2012

Qasidah Ya Hana Na

Sebaik berlalunya Majlis Sambutan Maulidurrasul tempohari ramai yang bertanyakan tentang qasidah yang dialunkan oleh para pelajar madrasah dibawah bimbingan Ustaz Syauqi. Mungkin tertarik dengan irama yang baru pertama kali didengar pada malam tersebut... Carian di internet telah menemukan satu video Qasidah Ya Hana Na yang dialunkan oleh Habib Syech Abdulqodir As-Seggaf dari Indonesia. Siap dengan liriknya sekali....



Kuliah Ustaz Zulkifli akan di 'upload' kemudian.. Insyaallah...