Saturday, March 3, 2012

"Pendidikan Bahasa Arab Al-Furqan" di Baitul Qurro'

Alhamdulillah... Sekali lagi Madrasah Baitul Qurro' wal Fuqoha' menjadi destinasi ilmu. Pada pagi tadi telah berlangsung satu sesi pra-dengar atau 'briefing' berkaitan dengan kaedah Pendidikan Bahasa Arab Al-Furqan. Kaedah ini telah popular di banyak tempat setelah ianya diperkenalkan di Radio IKIM sedikit masa dahulu. Bagi sesiapa yang pernah mengikuti rancangan ini tentu sudah tidak asing lagi dengan seorang ustaz penyampainya yang bersuara unik... Ustaz Nasaruddin Hasim.

Para peserta yang datang ke sesi pra-dengar
Ustaz Nasaruddin Hasim sedang memberikan penerangan














Al-Fadhil Tuan Guru sempat berbual dengan Ustaz Nasaruddin

Sambutannya memang diluar dugaan, sehingga kerusi yang disediakan tidak mencukupi... ada yang bersila dan ada yang menjengah dari luar sahaja. Tahniah untuk peserta yang datang pada pagi tadi... bukti masyarakat hari ini telah mula sedar akan nilai ilmu dan berusaha mencarinya. Menurut maklumat ada peserta yang datang dari Johor dan Negeri Sembilan...

Menurut Ustaz Nasaruddin kelas yang pertama insyaallah akan bermula pada Sabtu seterusnya 10 Mac 2012, jam 9.00 - 11.00 pagi. Pengajian akan berlangsung selama 8 bulan. Insyaallah tamat pengajian peserta akan dapat memahami makna dan isi al-quran. Kaedah pembelajarannya adalah tanpa hafalan dan tanpa kerja rumah. Sepanjang sesi pra-dengar tadi memang membuktikan pendekatannya memang menarik dan santai... Untuk maklumat lanjut boleh ke FaceBook beliau...

Dengan 'update' tersebut Insyaallah, seperti biasa kita berjumpa di pengajian Kuliah Dhuha bimbingan Al-Fadhil Ustaz Zulkifli jam 10.00 pagi esok... Pakat datang ramai-ramai...

No comments: