Monday, January 28, 2013

Kuliah Dhuha 20 Jan 2013








60 SAAT MINI KULIAH..!!














Assalamualaikum W.B.T

Salam Maulidurrasul.., Selawat dan salam keatas Junjungan Besar Nabi Muhammad S.A.W.

Sempena ketibaan bulan mulia RabiulAwwal Kuliahustazzul.blogspot.com akan melancarkan satu siri video pendek yang memaparkan petikan-petikan pendek yang diambil dari siri-siri kuliah yang diadakan di Baitul Qurra' wal Fuqoha'.

Justifikasi penerbitan siri '60 SAAT MINI KULIAH' ini adalah bagi menyuntik maklumat ilmu yang ringkas tetapi berkesan di hati audien. Durasi video ini hanyalah lebih kurang 1 minit atau 60 saat sahaja (tidak termasuk intro montage). Tempoh 60 saat ini dilihat sesuai bagi pelayar blog dan FB yang tidak mempunyai masa yang lama untuk 'video streaming' yang agak panjang, sebaliknya mereka lebih mengutamakan media yang memberikan 'instant effects'

Pengisian untuk siri ini adalah petikan nasihat-nasihat, peringatan, motivasi serta maklumat-maklumat penting yang mudah difahami seterusnya untuk dimalkan dalam kehidupan seharian.

Di bawah ini adalah contoh '60 SAAT MINI KULIAH' yang telah disiapkan. Ianya akan dimuatnaik ke FB Pondok Baitul Qurro' Wal Fuqoha' . Semoga dapat memberikan manfaat, insyaAllah...






Tuesday, January 15, 2013

Kuliah TAUHID : Kitab AQIDAH THAHAWIYAH

Sukacita dimaklumkan bahawa Tuan Guru Hj. Ghazali Ahmad, seorang ulama Usuluddin terkemuka dari Pattani, Selatan Thailand telah bersetuju untuk mengadakan kuliah bulanannya di Baitul Qurro' wal Fuqoha' bermula 19 Januari ini.

Tuan Guru lebih dikenali dengan panggilan 'BABA LI' sebagaimana lazimnya yang dikenali di daerah-daerah Selatan Thai dan juga Kelantan. Baba Li telah pernah berkunjung buat pertama kalinya ke Baitul Qurro' wal Fuqoha' dan menyampaikan kuliah pengenalannya pada Ogos 2012 yang lalu.

Beliau akan mensyarahkan kitab AQIDAH THAHAWIYAH karangan Imam Abu Ja'afar Ahmad b. Muhammad at-Thahawi (klik untuk biodata).

Ini merupakan satu nikmat yang besar kepada kita di negeri Melaka khasnya selepas kedatangan Tuan Guru Sheikh Nuruddin Al-Banjari yang mensyarahkan Kitab Hadis 40 Imam AnNawawi.

Kami menyeru kepada sahabat dan saudara sekelian untuk bersama-sama mengimarahkan majlis ilmu yang semakin subur bercambah di sekitar kita. Semoga Allah memelihara dan menambahkan lagi nikmat ini kepada kita..


Sunday, January 13, 2013

Masjid Airport : Ceramah Maulidur-Rasul

Kami mengambil peluang disini untuk membantu mengumumkan satu lagi majlis ilmu di sekitar Negeri Melaka, sepertimana dalam poster di bawah...

Sila maklum bahawa lokasinya adalah di Masjid Nurul Hidayah atau dikenali juga dengan Masjid Airport, Batu Berendam...

Datanglah beramai-ramai... dan mohon disebar-sebarkan...