Thursday, March 29, 2012

DVD Video - Untuk Edaran..


Features / Ciri-Ciri :
Thick Black DVD Cover Box
Professional Graphic Design
1 DVD-R (No-Label)

Alhamdulillah, syarahan Hadis No. 1 dari Kitab Hadis 40 karangan Imam Nawawi telah siap di'DVD'kan, dan insyaallah sedia untuk edaran di kuliah dhuha akan datang di Madrasah Baitul Qurro' wal Fuqoha', Sungai Udang, Melaka.

Sebelum itu suka kami memberikan sedikit penjelasan berkenaan dengan penjualan DVD ini. 

Ianya bukanlah berorientasikan komersial atau keuntungan kerana adalah tidak layak ilmu Allah serta usaha murni para ulamaknya dimanipulasikan untuk tujuan sebegitu. Hasrat awalnya adalah untuk menyebarluaskan seluas-luasnya apa-apa ilmu dan manfaat yang keluar dari Madrasah Baitul Qurro' ini. Lantas kami membina blog ini bagi menyalurkan maklumat yang berkaitan serta berkongsi ilmu menerusi foto dan video-video. 

Bagaimanapun, dengan kedatangan semakin ramai para 'alim ulamak serta para habaib mencurah ilmu ke sini, menyebabkan permintaan terhadap video penuh (full video) dan berkualiti semakin mendesak. Telah termaklum bahawa kualiti dan jangkamasa video YouTube adalah amat terhad. Tambahan pula ramai lagi yang tiada akses kepada dunia cyber terutama pelajar-pelajar yang 'senior'.

Maka kami membuat keputusan bahawa ilmu yang sangat bermanfaat ini tidak lagi perlu tersekat-sekat atau terhad. Insyallah kami berusaha sebaik mungkin untuk men'DVD'kan mana-mana kuliah yang berkaitan untuk sebaran anda.

Sebagai bonus - DVD ini akan didatangkan dalam 'packaging' yang profesional dan menarik setanding dengan apa yang ada di pasaran. Ini penting bagi memberikan satu imej baru dan segar kepada usaha-usaha dakwah yang selama ini dipandang sebelah mata sahaja. Selain itu  imej ini juga mudah-mudahan dapat menyuntik rasa seronok kepada anda untuk terus menyimpan koleksi DVD ilmu ini.

Hasil keuntungan jualan DVD (jika ada) insyaallah akan disalurkan kepada menyokong usaha-usaha dakwah seperti percetakan pamplet dan 'banner', penghasilan video kuliah seterusnya, serta lain-lain keperluan yang berkaitan.

Berbalik kepada edaran atau pemasaran... DVD ini boleh didapati secara terus selepas kuliah dhuha Tuan Guru Ustaz Zulkifli Ismail setiap Ahad jam 10 - 11.30 pagi. Bagi anda yang berada jauh atau di luar Melaka boleh hantarkan email ke rash6596@yahoo.com untuk pertanyaan.

Sebagai tambahan, usaha awal kami ini mungkin terdapat sedikit kekurangan di beberapa bahagian... tetapi insyaallah kami akan perbaiki semampu kami dari masa ke semasa. Semoga diberikan kekuatan dan kemudahan oleh Allah Ta'ala dalam membantu dan memberi khidmat kepada Tuan Guru Ustaz Zulkifli Ismail...

Mufti Iraq Di Baitul Qurro' wal Fuqoha'... VIDEO

Sedutan Kuliah Maghrib yang telah disampaikan oleh Fadhilatus-Sheikh Professor Dr. Rafi' Taha ArRifaie iaitu Mufti Sunni Iraq...

Sheikh Nuruddin : Kitab Hadis 40 Imam Nawawi...

"Siapa nama kamu...??...Nama saya Yusuf.... tapi orang panggil saya Kauthar..." Itulah antara rangkap lucu yang menggeletek hati para hadirin ketika Tuan Guru Sheikh Nuruddin Al-Banjari menyampaikan kuliah bacaan kitab sulungnya di Madrasah Baitul Qurro' wal Fuqoha' tempohari. Kitab yang disyarahkan adalah 'Hadis 40' karya Imam Nawawi. 'Intro'nya sahaja sudah memakan hampir setengah masa kuliah... sarat dengan pengajaran dan pelajaran, sambil diselitkan dengan humor yang mendidik hati dan menjentik minda..

Di bawah ini disertakan sedutan video kuliah tersebut. Sila maklum bahawa kualiti visualnya sengaja dikurangkan supaya mudah untuk 'upload' dan 'streaming'. Video penuh ada di'DVD'kan. Dapatkan di Kuliah Dhuha setiap Ahad jam 10 - 11 pagi... InsyaAllah...

Wednesday, March 28, 2012

Mufti Iraq Di Baitul Qurro' wal Fuqoha'... FOTO

Semalam telah selamat berlangsung satu lagi detik sejarah di Baitul Qurro' wal Fuqoha' sebagaimana yang telah dijadualkan. Mufti Sunni dari negara Iraq iaitu Sheikh Professor Dr. Rafi' Taha ArRifaie tiba besama rombongannya pada jam 7.00 petang.

Sebaik selesai solat Maghrib majlis dimulai dengan qasidah yang dialunkan salah seorang dari pengiring beliau. Kemudiannya Fadhilatus-Sheikh telah menyampaikan kuliahnya yang telah diterjemahkan oleh Al-Fadhil Tuan Guru Ustaz Zulkifli Ismail sendiri. Berikut adalah foto-foto yang sempat dirakam pada majlis tersebut.














Kredit foto : Jai Fotografi

Tuesday, March 27, 2012

Bacaan KITAB HIKAM Di Maahad As-Syatirie, Sg. Dedap, Yan, Kedah...

Assalamualaikum w.b.t,

Kami memanjangkan pesanan dan amanah daripada Al-Fadhil Tuan Guru Ustaz Zulkifli Ismail untuk menyebarkan maklumat berkaitan :

Saturday, March 24, 2012

MUFTI IRAQ Di Baitul Qurro' wal Fuqoha'...

Alhamdulillah... kami panjatkan segala puji dan syukur yang tidak terhingga ke hadhrat Allah Ta'ala kerana sekali lagi bumi Melaka akan disuburkan dengan siraman nur ilmu para ulama'Nya..

Diberitakan oleh Al-Fadhil Tuan Guru Ustaz Zulkifli Ismail bahawa seorang ulama besar iaitu Al-Allamah Sheikh Dr. Rafi' ArRifa'e akan berkunjung ke Melaka, khususnya ke Baitul Qurro' wal Fuqoha' pada ketentuan seperti yabg tertera di poster di bawah...


Sedikit maklumat mengenai latar belakang Sheikh...

Sheikh Prof. Dr. Doctor Rafi’ Taha ArRifaie – Mufti Iraq
Doktor Rafi’ Taha dilahirkan pada tahun 1959 di Al Falujah, Anbar, Iraq.
Sebaik sahaja beliau menamatkan pengajian Ijazah Sarjana dan Master, Doktor Rafi’ Taha telah meneruskan pengajian Kedoktorannya (PHD) pada tahun 2001 di University Baghdad/ Kolej Sains Islam. 
Beliau telah dilantik sebagai tenaga pengajar di dalam bidang Pengajian Islam di sekolah – sekolah di sekitar Baghdad dari tahun 1984 hingga 1989. Beliau kemudiannya mengajar ilmu Pengajian Islam di Universiti Islam Baghdad dari tahun 1991 sehingga tahun 1995. Pada masa yang sama, Doktor Rafi’ Taha juga turut belajar di pusat pengajaran Abdul Qader Al Gaylani di Baghdad (1991 – 1993). Beliau kemudiannya menyambung pengajiannya di Kolej Sains Islam dari tahun 1996 hingga tahun 2002.
Ketika ini, beliau adalah salah seorang pensyarah di Kolej Sains Kemanusiaan/ Universiti Sulaimania yang terletak di bahagian Utara Iraq. Beliau mengajar pelajar -pelajar pasca-siswazah dan ijazah dasar di kolej tersebut.
Beliau telah dilantik sebagai Imam dan Khatib dari tahun 1978 sehingga tahun 2005. Pada masa yang sama, beliau turut memegang jawatan Pengurus di Pusat Penyampaian Quran di Iraq dari tahun 1994 hingga 1995. Beliau juga merupakan salah seorang ahli Majlis Islam bagi Kementerian Hal Ehwal Islam di Iraq.
Doktor Rafi’ Taha telah dilantik sebagai Presiden Majlis Mufti Iraq bermula dari tahun 2007. 

Friday, March 23, 2012

DVD Video - Kuliah Dhuha Perdana Sheikh Nuruddin Al-Banjari...
























Kami sedang dalam proses akhir untuk menyiapkan DVD Video rakaman Kuliah Dhuha Perdana Tuan Guru Sheikh Nuruddin Al-Banjari di Madrasah Baitul Qurro' wal Fuqoha' tempohari. InsyaAllah ia akan diedarkan di Kuliah Dhuha Tuan Guru Ustaz Zulkifli Ismail pada Ahad depan... Objektif jualan CD/DVD adalah sebagai usaha menyebarluaskan ilmu Allah di atas muka bumi... disamping mencari sedikit dana untuk pembangunan madrasah dan usaha-usaha dakwah...

InsyaAllah sedutan video juga akan dimuatnaik ke YouTube sedikit masa lagi...