Mungkin ada diantara kita yang tidak mengetahui bahawa Al-Habib Omar Benhafiz yang bakal bertandang ke Melaka 18 April ini sebenarnya telah pun pernah menjejakkan kakinya ke sini pada tahun 2010... atau tepatnya 12 Januari 2010 bersamaan 26 Muharram 1431. Dan lokasinya adalah tidak lain tidak bukan di Madrasah Baitul Qurro' wal Fuqoha' (yang pada ketika itu masih dikenali sebagai Baitul Qurro' wal 'ilmi).
Ia merupakan satu detik sejarah yang tidak mungkin dilupakan, dimana madrasah kecil yang terletak di hujung kampung menjadi pilihan destinasi pilihan kepada ulama' besar dunia sanjungan jutaan ummat... Sudah tentu ianya adalah perancangan dan atas kehendak Allah SWT jua. Semoga detik manis ini kembali berulang dilain waktu, insyaallah...
Bagi menjana aura kedatangan Al-Habib Omar Benhafiz beberapa hari lagi, di bawah ini disertakan kembali beberapa sedutan video detik-detik sejarah suasana di majlis yang penuh barokah tersebut...
Tuesday, April 10, 2012
Habib Omar Benhafiz : Ziarah 2007...
Bersempena ziarah Al-Habib Umar Benhafiz ke Melaka pada 18 April ini, blog 'kuliahustazzul' akan membuat beberapa posting bagi menyalurkan sedikit sebanyak maklumat berkaitan beliau agar. Semoga ada diantara kita yang mungkin pertama kali mendengar nama beliau mendapat manfaatnya.
Dibawah ini adalah sedutan video ziarah Al-Habib ke Malaysia pada tahun 2007.
Monday, April 9, 2012
Habib Omar Ben Hafiz di Melaka...
Mesyuarat yang berkaitan telah memutuskan secara rasmi program ziarah Al-'Allamah Al-Habib Omar BenHafiz ke Melaka adalah seperti yang tertera dalam poster di bawah. Anda dialu-alukan untuk memanjangkan pengumuman ini... Insyaallah selepas ini blog 'kuliahustazzul' akan cuba memaparkan sedikit-sebanyak maklumat berhubung dengan Al-Habib
Omar BenHafiz...
Omar BenHafiz...
Kuliah Dhuha 8 April 2012
"Orang mukmin melihat dosa seperti sebuah gunung yang akan menghempapnya... manakala orang munafiq melihat dosa seperti seekor lalat yang hinggap di hidungnya.. cukup hanya ditepis untuk menghalau dan melupakannya..."
Manusia tidak akan dapat belajar dan faham tentang akibat dosa daripada buku-buku atau ahli fikir... Pengetahuan dan kefahaman itu hanyalah menerusi Nabi S.A.W melalui hadis-hadisnya. Contohnya azab kubur...

Sunday, April 8, 2012
Kuliah Dhuha Perdana 2 : Sheikh Nuruddin Al-Banjari
Alhamdulillah, sekali lagi dengan izin dan limpah kurnia dari Allah SWT, Madrasah Baitul Qurro' wal Fuqoha' akan dikunjungi sekali lagi oleh Al-Fadhil Tuan Guru Sheikh Nuruddin Marbu Al-Banjari Al-Makki pada 14 April 2012 bagi meneruskan pengajian Kitab Hadis 40 Imam Nawawi. Pengajian pertama bermula pada 17 Mac yang lalu.
Dengan ini kami dengan rasa rendah hati mewakili mudir madrasah Al-Fadhil Tuan Guru Ustaz Zulkifli Hj. Ismail menjemput semua muslimin dan muslimat untuk sama-sama meluangkan masa hadir ke majlis penuh barokah ini insyaallah...

Tuan-tuan dipersilakan dan dialu-alukan untuk menggunakan poster diatas dalam pelbagai cara untuk mempromosikan Kuliah Dhuha Perdana ini. Semoga bermanfaat dunia dan akhirat... Jazakallah khairan kathira....
Friday, April 6, 2012
Tuesday, April 3, 2012
Mufti Iraq - DVD Untuk Edaran...
Alhamdulillah, satu lagi siri kuliah di Baitul Qurro' wal Fuqoha' telah siap di'DVD'kan. Sedutan videonya telah di'post'kan dalam entry sebelum ini. Kepada sesiapa yang berminat untuk memiliki DVD ini boleh emailkan alamat penghantaran serta maklumat ke rash6596@yahoo.com.
Harganya adalah RM10.00 + Kos Poslaju RM5.90 = RM15.90. Genapkan RM15.00 sahaja. Sekali lagi dinyatakan jualan ini adalah untuk menyokong usaha-usaha da'wah agar ianya tetap berterusan. Dan dari masa ke semasa kami sentiasa berusaha untuk memastikan kualiti terbaik dari sudut imej 'cover' dan juga isi didalamnya... Insyaallah...

Features / Ciri-Ciri :
Thick Black DVD Cover Box
Professional Graphic Design
1 DVD-R (No-Label)
Subscribe to:
Posts (Atom)