Wednesday, February 22, 2012

Qasidah Ya Hana Na

Sebaik berlalunya Majlis Sambutan Maulidurrasul tempohari ramai yang bertanyakan tentang qasidah yang dialunkan oleh para pelajar madrasah dibawah bimbingan Ustaz Syauqi. Mungkin tertarik dengan irama yang baru pertama kali didengar pada malam tersebut... Carian di internet telah menemukan satu video Qasidah Ya Hana Na yang dialunkan oleh Habib Syech Abdulqodir As-Seggaf dari Indonesia. Siap dengan liriknya sekali....



Kuliah Ustaz Zulkifli akan di 'upload' kemudian.. Insyaallah...

Wednesday, February 8, 2012

Klip Video Majlis Maulidurrasul S.A.W

Beberapa sedutan dari Majlis Maulidurrasul S.A.W di Baitul Qurro' wal Fuqoha'... Sambungan tausiah Al-Habib akan menyusul, insyaallah...





Tuesday, February 7, 2012

Maulidurrasul - Qasidah...

Sambutan Maulidurrasul S.A.W turut diserikan dengan alunan qasidah oleh para pelajar dibawah bimbingan Ustaz Syauqi Hj. Ismail...

Monday, February 6, 2012

Maulidur-Rasul S.A.W Di Baitul Qurro' wal Fuqoha'

Alhamdulillah... Majlis sambutan Maulidurrasul S.A.W telah sempurna diadakan pada Ahad yang lepas 5 Februari 2012 bertepatan 12 RabiulAwwal 1433H. Majlis telah dijayakan dengan kehadiran sekali lagi Al-Habib Soleh Al Jufri dari Solo, Jawa Tengah bersama-sama delegasi dari Kuala Lumpur yang turut disertai oleh Habib Abdurrahman Al-Haddad dan Habib Syed Hussain Al-Junaid.

Majlis turut diserikan dengan bacaan Maulid Diya'ulami' oleh pelajar madrasah yang dipimpin oleh Ustaz Syauqi Hj. Ismail. Disusuli dengan tausiah istimewa yang menanam rasa cinta mendalam kepada Baginda Rasul S.A.W oleh Al-Habib Soleh Al-Jufri.

Kehadiran dianggarkan lebih kurang 3,000 orang adalah diluar jangkaan kami. Pada mulanya pihak madrasah hanya menjangkakan sekitar 1,000 orang sahaja yang akan hadir. Ini membuktikan bahawa keprihatinan warga Melaka terhadap majlis-majlis ilmu serta rasa kasih terhadap Rasulullah S.A.W telah mula berputik. Semoga perkembangan yang menggembirakan ini akan berterusan... Insyaallah..

Pihak madrasah yang diketuai oleh Uztaz Zulkifli Hj. Ismail mengucapkan setinggi penghargaan kepada semua yang hadir (terutama yang pertama kali), para penyumbang yang pemurah, warga kerja yang ikhlas, para pelajar dan tentunya delegasi Habaib dari Kuala Lumpur yang tidak jemu-jemu berkunjung. Pihak madrasah juga memohon maaf atas segala kekurangan yang tidak dapat dielakkan...































Photo Credit : Azli Abd Aziz & Jai Fotografi