Monday, September 17, 2012

Ziarah Murid Kepada Gurunya..

Kuliah dhuha yang baru lepas pada 16 September 2012 agak berlainan dari kebiasaan. Ini kerana buat pertama kalinya Al-Fadhil Tuan Guru Ustaz Zulkifli mengizinkan bangku tempat beliau duduk ketika menyampaikan kuliah diduduki oleh seorang anak muridnya, manakala beliau pula beralih tempat duduk dilantai bersama-sama dengan kami...

Anak murid yang dimaksudkan adalah saudara Muhammad Noorazam Bahador yang baru kembali untuk bercuti dari Mesir. Beliau merupakan antara murid generasi pertama Baitul Qurro' wal Fuqoha yang telah tamat menyambung pengajian di Mesir.

Istimewanya kini beliau telah beberapa tahun diberi kepercayaan untuk menyampaikan kuliah di Masjid Jami' Al-Azhar, Mesir... satu pencapaian yang sangat membanggakan dan jarang-jarang diperolehi oleh anak Melayu di sana.

Insyaallah, admin akan 'upload' video kuliahnya kemudian...

Al-Fadhil Ustaz Zulkifli Ismail

Ustaz Noorazam menyampaikan mutiara-mutiara peringatan..

Bersama-sama pengiring dan tetamu...

Menyantuni guru...

Guru dan murid.. Semoga sentiasa dalam Redha Allah SWT...



Berikut adalah imej dari saluran YouTube dimana Ustaz Noorazam menyampaikan pengajiannya di Masjid Al-Azhar, Mesir..


Ust. Noorazam menyampaikan kuliah di Masjid Al-Azhar, Mesir



Saturday, September 15, 2012

Ijazah Hizib...

Dalam kuliah Pengajian Kitab Hadis 40 Imam Nawawi yang berlangsung pada 8 September lepas, Tuan Guru Sheikh Nuruddin Al-Banjari telah berkenan memenuhi pemintaan seorang murid untuk mengijazahkan beberapa amalan hizib dan ratib. Dan dalam posting terdahulu terdapat permintaan dari 'bahronnizam' untuk memperjelas dan menyenaraikan hizib dan ratib yang telah disebut oleh Sheikh...

Bagi mengelakkan sebarang kekeliruan di bawah ini adalah sedutan video asal yang memaparkan slot ijazah tersebut. Semoga memenuhi hasrat tuan yang berkenaan...



Berdasarkan pengamatan admin senarainya adalah seperti berikut :

Hizib Imam Nawawi
Hizib Imam Ibn Arabi
Hizib Imam Abu Hassan As-Syadzilli
Hizib Syeikh Abdul Qodir Jailani
Ratib Al-Attas
Ratib Al-Haddad

Jika terdapat sebarang kesilapan mohon dimaklumkan...